Kami menghargai data peribadi pelanggan dan bakal pelanggan kami. Dasar Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan
bakal pelanggan kami selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).
- Pengumpulan dan Sumber
Dalam perjalanan urusan anda dengan kami, IJM Land Berhad dan subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan
syarikat-syarikatnya (dirujuk secara kolektif sebagai “kami” dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini), kami akan meminta
anda untuk membekalkan data peribadi anda (“Data Peribadi”), bagi membolehkan kami untuk memasuki transaksi dengan anda
atau menghubungi anda mengenai perkhidmatan dan/atau produk yang berkaitan dengan perniagaan kami. Ini boleh dilakukan melalui pelbagai
cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- perjanjian untuk jual beli atau sub-jualan hartanah kami atau untuk perkhidmatan kami;
- borang-borang kami sama ada dalam format elektronik ataupun bercetak;
- apa-apa surat-menyurat yang kami terima daripada anda untuk meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan; dan/atau
- kad perniagaan atau maklumat lain yang dibekalkan kepada kami atau yang telah diletakkan di dalam premis kami atau diberikan
kepada pekerja atau ejen jualan atau pemasaran kami atau ejen kami yang lain.
- Jenis-jenis Data Peribadi
Data Peribadi tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor
passport, alamat, alamat e-mel, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, pekerjaan, lingkungan pendapatan, maklumat perhubungan
seperti telefon, nombor telefon bimbit dan faksimili, bangsa, kewarganegaraan, jenis-jenis pinjaman yang dipohon berhubung dengan
pembelian harta, dan maklumat-maklumat pihak ketiga seperti orang untuk dihubungi semasa kecemasan, penyewa, wakil-wakil yang telah
diberikan kuasa, kontraktor, peguam, dan pembiaya, yang mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data atau undang-undang
lain yang berkenaan.
- Tujuan-tujuan Pemprosesan
Kami memproses Data Peribadi anda untuk, antara yang lain, tujuan-tujuan yang berikut (secara kolektif, "Tujuan"):
- penyampaian kepada anda notis, maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk semasa dan masa hadapan kami dan pemasaran
perkhidmatan atau produk tersebut serta pelancaran produk baru, acara, acara promosi dan pertandingan;
- menyediakan dan melaksanakan semua dokumen dan perjanjian yang diperlukan dengan anda seperti yang berkaitan dengan transaksi
penjualan dan pembelian, dan untuk menjalankan kewajipan di bawah perjanjian tersebut untuk produk, perkhidmatan, dan/atau harta
kami yang diperlukan bagi menjalankan dan mentadbir perniagaan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan pentadbiran
jualan dan pengurusan harta serta transaksi sub-jualan, pembiayaan semula dan jualan melalui lelongan;
- pemungutan pembayaran tertunggak;
- tujuan-tujuan yang diperuntukkan dalam mana-mana perkhidmatan atau produk tertentu yang ditawarkan oleh kami atau rakan kongsi
perniagaan kami;
- untuk mentadbir dan menjalankan prosedur pengurusan hubungan pelanggan dan bakal pelanggan kami;
- mengekalkan rekod pelanggan, bakal pelanggan dan penyimpanan rekod dalaman kami;
- menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran, profil pelanggan dan pembangunan perniagaan serta penyelidikan pemasaran dan analisis
statistik dan tinjauan pelanggan mengenai projek, produk dan/atau perkhidmatan kami;
- mematuhi sebarang undang-undang atau keperluan peraturan dan membuat pendedahan yang diperlukan di bawah undang-undang, peraturan,
arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, dan/atau kod yang terpakai dan juga untuk pencegahan jenayah;
- milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/estet, perkhidmatan pelanggan, dan/atau kerja-kerja pembetulan kerosakan; dan/atau
- perkhidmatan selepas pemilikan kosong seperti perkhidmatan rumah kelab dan perkhidmatan keselamatan.
Untuk senarai subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikat IJM Land Berhad yang sedang
memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan tersebut, sila layari laman web kami di
www.ijmland.com.
- Pendedahan
Secara umumnya, kami akan menyimpan Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami secara sulit. Walaubagaimanapun, anda bersetuju dengan pendedahan
Data Peribadi berikut oleh kami kepada kumpulan-kumpulan pihak ketiga berikut yang mungkin terletak di dalam ataupun di luar Malaysia untuk sebab-sebab
yang berkaitan dengan Tujuan:
- mana-mana pihak yang kami berada di bawah kerperluan perundangan untuk mendedahkan Data Peribadi kepadanya di bawah undang-undang terpakai atau
sebagai jawapan kepada badan berkuasa, termasuklah agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan/atau pengawal selia industri
termasuk tetapi tidak terhad kepada pejabat tanah, pendaftaran tanah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan juga kepada mana-mana pihak ketiga menurut mana-mana perintah mahkamah;
- pembekal kemudahan awam dan utiliti, temasuk tetapi tidak terhad kepada Indah Water Konsortium, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dan Tenaga
Nasional Berhad;
- kontraktor dan pembekal perkhidmatan, temasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, perunding, akauntan, peguam, penasihat kewangan dan profesional,
pemberi pinjaman, syarikat insurans dan syarikat pengurusan harta;
- subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli kami dalam kumpulan syarikat-syarikat IJM Land Berhad;
- rakan-rakan usahasama dan perniagaan kami; dan/atau
- pemilik tanah yang berkenaan, Badan Pengurusan Bersama, perbadanan pengurusan dan/atau pertubuhan penduduk.
- Perlindungan Data Peribadi
Data Peribadi anda adalah penting kepada kami. Kami komited dalam menjaga dan memproses Data Peribadi dalam keadaan yang selamat. Kami akan melaksanakan
perlindungan pentadbiran dan keselamatan, prosedur dan polisi yang sesuai setakat yang praktikal dan mengikut undang-undang yang terpakai, untuk
mengelakkan sebarang pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan dan salah di sisi undang-undang, dan juga untuk mengelakkan kerugian, kemusnahan
atau kerosakan tak sengaja kepada Data Peribadi pada setiap masa.
- Akibat Keengganan atau Kegagalan untuk Membekal
Keengganan atau kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi boleh menyebabkan yang berikut:
- ketidakupayaan pihak-pihak untuk merasmikan dan/atau menjalankan perjanjian atau transaksi yang berkenaan, mengenai penjualan hartanah, produk
dan/atau perkhidmatan kami;
- ketidakupayaan kami untuk membekalkan anda dengan maklumat, produk dan/atau perkhidmatan yang diminta; dan/atau
- ketidakupayaan untuk membekalkan anda dengan maklumat mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami dan mendapatkan maklum balas anda mengenai
produk dan/atau perkhidmatan kami.
- Akses dan Pembetulan
Anda mempunyai hak untuk:
- memeriksa sama ada kami memegang atau menggunakan Data Peribadi dan meminta akses kepada yang sama;
- meminta kami untuk membetulkan sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini;
- memaklumkan kami bantahan anda kepada penggunaan Data Peribadi untuk matlamat pemasaran;
- menarik balik, sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan perundangan yang terpakai, syarat-syarat kontrak
dan tempoh masa yang munasabah.
Anda boleh meminta akses atau pembetulan kepada Data Peribadi atau mengehadkan pemprosesan yang sama pada bila-bila masa selepas ini dengan
mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kedaerahan kami seperti berikut:
- Central Region
No. Tel: (603)7985 8188
No. Faks: (603)7952 9848
E-mel: pdpa.ijmlandpj@ijm.com
- Penang
No. Tel: (604)296 1244
No. Faks: (604)296 1250
E-mel: pdpa.ijmlandpg@ijm.com
- Seremban 2
No. Tel: (606)761 3888
No. Faks: (606)761 9888
E-mel: pdpa.ijmlands2@ijm.com
- Bandar Rimbayu
No. Tel: 1700 81 8686
No. Faks: 1700 81 0526
E-mel: pdpa.ijmlandrimbayu@ijm.com
- Johor
No. Tel: (607)339 1888
No. Faks: (607)333 4803
E-mel: pdpa.ijmlandjb@ijm.com
- Johor (Sebana Cove)
No. Tel: (607)861 4888
No. Faks: (607)863 0369
E-mel: pdpa.ijmlandjb1@ijm.com
- Johor (Nasa Land)
No. Tel: (607)357 8899
No. Faks: (607)359 1188
E-mel: pdpa.ijmlandjb2@ijm.com
- Sandakan
No. Tel: (6089)671 899
No. Faks: (6089)673 860
E-mel: pdpa.ijmlandsdk@ijm.com
- Kuching
No. Tel: (6082)231 678
No. Faks: (6082)252 678
E-mel: pdpa.ijmlandkch@ijm.com
Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda juga harus disalurkan kepada kami melalui cara ini.
- Persetujuan pihak ketiga
Sekiranya anda telah membekalkan data peribadi pihak ketiga (contohnya, orang hubungan kecemasan anda, penyewa, wakil-wakil yang
diberikan kuasa, kontraktor, peguam, ahli kewangan) kepada kami, kami bergantung kepada anda untuk memperoleh dengan secukupnya terlebih
dahulu persetujuan pihak ketiga tersebut untuk membolehkan kami untuk memproses data peribadi mereka berkenaan Tujuan tersebut.
- Pindaan Dasar Perlindungan Data Peribadi Kami
Kami boleh, dari masa ke semasa, perlu atau dikehendaki menukar Dasar Perlindungan Data Peribadi kami untuk mematuhi atau menjadi selaras
dengan perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang terpakai serta operasi dan dasar perniagaan kami. Oleh itu, anda mungkin ingin mengkaji
sebarang perubahan kepada Dasar Perlindungan Data Peribadi kami di laman web ini dari masa ke semasa.